Tuesday, July 19, 2011

:: Sifat Lelaki Yang Tidak Disukai Perempuan ::

assalamualaikum.

sekali-sekala gua memang suka berlagak imam muda. walaupun gua bukanlah imam muda versi astro. versi belog|amiyo pon jadi la. asalkan gua dapat sebarkan agama Allah. sesipa yang ada blog tu gua rasa tak salah kot kalau korang isi dengan bahan ilmiah jugak. moga-moga menjadi saham di akhirat kelak. insyaAllah.

"jangan pandang kepada oramg yang menyampaikan, tapi pandanglah apa yang disampaikan"

so. kali ni gua nak kongsikan sedikit sebanyak sifat-sifat lelaki yang tidak disukai lelaki. kalau semua sifat ni gua nak ulas sendiri memang tak lah. gua dapatkan dari beberapa sumber dan setelah gua ubah suai sedikit sebanyak untuk memudahkan korang faham dan amalkan, gua pon masukkan dalam blog gua ni. semoga bermanfaat untuk semua. 





Pertama: Tidak Mempunyai Matlamat Hidup

Setiap kaum wanita merindukan suami yang mempunyai matlamat hidup yang jelas. Bahawa hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup. Melainkan ada tujuan mulia. Dalam pembukaan surah An Nisa’ ayat 1, Allah swt. Berfirman yang bermaksud:  

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahawa tujuan hidup berumah tangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam erti bersungguh-sungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi. Dan apa yang Allah perintahkan benar-benar ditaati.




Namun banyak yang terjadi sekarang, adalah banyak kaum lelaki atau para suami yang menyembunyikan maksiat. Isteri tidak dianggap penting. Dosa demi dosa diperbuat di luar rumah dengan tanpa merasa takut kepada Allah. Ingat bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak di dunia pasti di akhirat. Sungguh banyak rumah tangga yang hancur kerana keberanian para suami melakukan dosa. Padahal dalam masalah perkahwinan Nabi saw. bersabda: 

Pernikahan adalah separuh agama, maka bertakwalah pada separuh yang tersisa.


Kedua: Kasar

Dalam sebuah riwayat mengaatakan bahawa wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Oleh sebab itu Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa wanita kalau terlalu dipaksa, tulung rusuk itu akan patah. Kalau dibiarkan pula akan terus membengkok. Dari sini jelaslah bahawa kaum wanita mempunyai sifat ingin selalui dilindungi. Bukan diperlakukan secara kasar. Oleh itu Allah memerintahkan para suami secara khusus agar mendidik dan melayan isteri dengan lemah lembut. Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Annisa' ayat 19 yang bermaksud:

"dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik."

Perhatikan ayat ini yang menggambarkan sikap seorang suami yang baik bukan yang bersikap kasar, melainkan yang lembut dan melindungi isteri. Ramai suami yang menganggap isteri sebagai hamba suruhan. Mereka dipukul sesuka hati. Tanpa belas kasihan. Mentang-mentanglah wanita ini seorang yang lemah. Ingatlah bahawa isteri juga manusia. Ciptaan Allah. Lagikan kepada binatang pun kita perlu belas kasihan, apa lagi kepada manusia. Nabi pernah menggambarkan wanita yang masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing, apa lagi menyiksa seorang manusia.  


 Ketiga: Sombong

Sombong adalah salah satu sifat syaitan. Allah melaknat Iblis adalah karena kesombongannya.  Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 34 yang bermaksud:

 "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir."

Tidak ada seorang mahlukpun yang berhak sombong, kerana kesombongan hanyalah hak mutlak Allah. Allah berfirman dalam hadits Qurdsi: 

“Kesombongan adalah selendangku, siapa yang menandingi aku, akan aku masukkan neraka.” 

Wanita adalah mahluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan wanita. Oleh itu wanita yang normal tidak menyukai lelaki yang sombong.

Sayangnya dalam kehidupan seharian sering berlaku ramai suami yang merasakan hebat segalanya. Sehinggakan dia tidak mahu menganggap dan tidak mahu mengingati jasa isteri sama sekali. Bahkan dia tidak mahu mendengarkan pandangan si isteri. Ingatlah bahawa sang anak lahir juga kerana jasa kesabaran sang isteri. Sabar memikul kandungan selama sembilan bulan dan sabar menyusui selama dua tahun.


Keempat: Bersikap Tertutup

Nabi s.a.w. adalah contoh suami yang baik. Tidak ada dari sikap-sikap baginda yang tidak diketahui isterinya. Nabi sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Bila hendak pergi dengan salah seorang isterinya, nabi melakukan undian, agar tidak menimbulkan rasa cemburu dari yang lain-lain. Bila nabi ingin mendatangi salah seorang isterinya, baginda meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan betapa Nabi sangat terbuka dalam melayani para isteri. Tidak seorangpun dari mereka yang merasa dizalimi. Tidak ada seorang dari mereka yang merasa diketepikan.



Kelima: Tidak Bertolak Ansur
 
Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai pendirian yang tegas. Tegas dalam erti mempunyai sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi pada waktu yang sama dia berbincang terlebih dahulu, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan. Inilah salah satu makna 'qawwam' dalam firman Allah di dalam surah Annisa' ayat 34 yang bermaksud: 

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. "


p/s: gua berhenti setakat ni dulu sebab gua lapar. nak pergi makan kejap. kalau rajin gua sambung lagi lain kali.
p/s/s: walaupun gua buat entry ini, tak bermaksud gua menyebelahi mana-mana pihak. nanti kalau sempat gua buat 'Sifat Perempuan Yang Tidak Disukai Lelaki' pulak.
p/s/s/s: dah gua jumpa artikel ni dulu, gua kaji kemudian gua buat yang ni dulu lah. haihh!
p/s/s/s/s: gua masih bujang. kah kah kah.
p/s/s/s/s/s: apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk dari gua. wallahua'lam.

30 orang tengah bermadah:

Hafizin Jamil said...

betul ke lu masih bujang??haha

Afikah Aziz said...

miyo nnt sambung lg,suke bace hehe...terima kasih kongsi :)

blog-tips-kurus said...

saya pon tak suka semua sifat itu. lelaki & wanita jangan bersifat sedemikian..

KuNanGKuNanG said...

paling xsuka kasa ngan xbertolak ansur...

belog|amiyo said...

@afikah: kalau aku rajin aku sambung.keh3

@btk: yup. tak kira laki pompuan semua tak suka perangai buruk.

@kunang2: :)

Unknown said...

lelaki2 di luar sana,hindari sifat2 ini.. hehe

hanaahmad said...

setuju. harap2 bakal suami nnt tak mcm ni. amin. :)

belog|amiyo said...

@HJ: lu apa taw? haha.

belog|amiyo said...

@saiazuan: yeah! kita lelaki. keh3

@hanaahmad: insyaAllah. amin.

gadis kepastian said...

seriusly amat berguna.....

Murni Alfathunnisa said...

haha....sesuai buat panduan semua lelaki. nanti buat pasal 'perempuan' pulak yer..

Jie(",)v said...

derr typo derr..
"sedikit sebanyak sifat-sifat lelaki yang tidak disukai lelaki."

belog|amiyo said...

@gadiskeastian: harap2 macam tu la. hehe

@siti murni: otw...haha

@jie: erkk. sorry la. tak perasan. keh3

Jie(",)v said...

kalo dah perasan silaaa hubahh :P

Anonymous said...

alahai...sememang nye wanita tak suke lelaki mcm tu tp kite mana nak tau kan...nasib kite dpt laki mcm mana nt dpn baik blakang huuuuuu

Pyka Rahmat said...

betul semuanya. kemain banyak p/s lu. hahah

biela bell said...

yeahh~!! sgguh memahami wanita ~!! hehe

Anonymous said...

yep.. sume pmpuan nk laki camni kot..
Rasulullah adlh role model trbaek~

yang arif said...

"jangan pandang kepada oramg yang menyampaikan, tapi pandanglah apa yang disampaikan"


:)

HEROICzero said...

"Dalam sebuah riwayat mengaatakan bahawa wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Oleh sebab itu Nabi s.a.w. menjelaskan bahawa wanita kalau terlalu dipaksa, tulung rusuk itu akan patah. Kalau dibiarkan pula akan terus membengkok."

oh ini nice ! betul jugak uh ?

ILA HonEyBuNNy said...

best2 entry neh...betul tu...

suka sangat baca sbb ada hujah2 n contoh d berikan...terbaik la.....cikgu bagi 100%..hehe...

wahai lelaki..silalah berubah...hehe..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

:: cikNuurul :: said...

terbaek,..sokong 100%,.sbb dr pengamatan skliling,mmg rmai yg dh 'lupa' tggungjwb yg sbnar,.dn xmstahil,Allah akn trunkn azab,.pd yg msih mntah tu,ilmu agama sgt pnting,.

aku ckp tuk dri sndri jgk,.sbb xde pnglaman lg,so ni ilmu bru tuk org single,.keh3,.snang nnti nk cri calon suami,.hurmm,.

azwa amani said...

betul lah entry ni.. setju 101 %

belog|amiyo said...

sharing is caring...

thanks for reading...

:)

belog|amiyo said...

sabar-sabar. haha.

Unknown said...

nice.. nk try la g satu hari nanti :)

taj said...

suka yg berlemah lembut bukannya yg lembut....hihi
tak sabar tgu next n3....;)

shida said...

hmm...typing error ek?..
sifat-sifat lelaki yang tidak disukai lelaki.~~~

nice entry..
shida tak suka lelaki yang kasar dr segi perbuatan mahupon perkataan..mncarut2 ke...hu3..

belog|amiyo said...

tengssss...

riss said...

lelaki kuat tipu pun teruk jgk....